Bristol Bay Cellular dan RINA akan Melancarkan Rangkaian Teras Awan Natif Alaska yang Dikuasakan oleh Mavenir
Perkongsian ini menyediakan perkhidmatan 4G termaju, geo-lewahan, dan laluan jelas ke arah 5G untuk rangkaian luar bandar di Alaska.
RICHARDSON, Texas, Sept. 06, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Mavenir, penyedia infrastruktur rangkaian berasaskan awan, hari ini mengumumkan pengembangan besar bagi penyelesaian Packet dan Voice Core berasaskan awan mereka ke Alaska melalui perjanjian dengan Bristol Bay Cellular dan Rural Independent Network Alliance (RINA). Pelaksanaan rangkaian teras mudah alih yang sepenuhnya berasaskan awan di Alaska ini membawa keupayaan 4G yang canggih serta laluan evolusi yang lancar ke 5G kendiri (standalone, SA) kepada beberapa komuniti paling terpencil di Amerika Syarikat.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, satu platform teras berasaskan awan bertaraf pembawa yang baharu akan dilaksanakan di Anchorage, Alaska. Platform ini akan menyokong trafik mudah alih setempat bagi rakan RINA di negeri tersebut, termasuk Bristol Bay Cellular, sambil turut berfungsi sebagai teras sandaran untuk rangkaian ahli RINA lain di seluruh A.S., melengkapi pelaksanaan sedia ada di Utah. Untuk memastikan keselarasan penuh dan kesiapsiagaan masa depan, Mavenir juga akan menaik taraf platform teras yang berpangkalan di Utah, yang pada asalnya dilaksanakan untuk RINA pada tahun 2022, kepada versi terkini, demi memastikan operasi yang lancar serta pengurusan yang bersatu di kedua-dua lokasi.
Infrastruktur teras berasaskan awan yang sepenuhnya berbekas (containerized), berdasarkan penyelesaian Mavenir yang terkemuka dalam industri dan sedia untuk 5G, termasuk IMS, VoLTE, VoWiFi dan Teras Paket, dibina untuk menyokong perkhidmatan 4G yang boleh diskala dan selamat pada masa kini, dan boleh dinaik taraf kepada keupayaan penuh 5G kendiri (SA) apabila diperlukan oleh rakan RINA.
Pelaksanaan ini mencerminkan hubungan kukuh dan lama terjalin dengan RINA, sekaligus mengesahkan visi bersama untuk menyokong pengendali luar bandar dengan penyelesaian rangkaian teras yang anggih,” kata Ashok Khuntia, Presiden, Core Networks, Mavenir. “Kami berbangga dapat menyokong RINA dan Bristol Bay dalam memastikan infrastruktur mereka bersedia untuk masa hadapan melalui teras berasaskan awan yang menyokong evolusi ke arah 5G.”
“Reka bentuk berasaskan awan Mavenir membolehkan RINA berkongsi infrastruktur teras yang kukuh dan boleh diskala merentasi rangkaian rakan kami sambil mengekalkan ketaksandaran dan fleksibiliti bagi setiap pengendali,” kata Allen Bennion, Pengarah Operasi, RINA. “Dengan pelaksanaan terkini di Alaska ini, kami meluaskan keupayaan tersebut dengan lebih jauh lagi, memastikan kebolehpercayaan dan prestasi untuk ahli kami.”
“Penyelesaian dan pendekatan kerjasama Mavenir membolehkan kami menyediakan perkhidmatan 4G terkini dan tidak lama lagi 5G kepada pelanggan kami di Alaska, bagi meningkatkan kesambungan dan mewujudkan peluang baharu,” kata Earl Hubb, Ketua Pegawai Eksekutif Bristol Bay Cellular.
Pelaksanaan ini memajukan infrastruktur komunikasi moden dan selamat di wilayah yang penting secara strategik, menggantikan sistem lama dan mengurangkan kebergantungan kepada pembekal bukan dari A.S., sambil membolehkan pengendali luar bandar menyediakan perkhidmatan suara dan data mudah alih yang boleh dipercayai secara berskala.
Perihal RINA
RINA adalah penyedia utama perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, yang menawarkan pelbagai penyelesaian direka untuk mengoptimumkan prestasi rangkaian dan memperluaskan kesambungan bagi penyedia tanpa wayar di kawasan luar bandar. Beribu pejabat di Roosevelt, Utah, RINA menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Amerika Utara dengan fokus kepada kebolehpercayaan, inovasi dan kualiti perkhidmatan pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawatiwww.rinawireless.com
Mengenai Bristol Bay Cellular
Bristol Bay Cellular Partnership (BBCP) komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang unggul di seluruh wilayah Bristol Bay. Melalui kerjasama strategik dengan peneraju industri seperti Mavenir dan RINA, kami membangunkan teknologi termaju serta perkhidmatan sokongan yang memperkukuh tenaga kerja serantau dan memastikan komuniti luar bandar di Bristol Bay mempunyai akses kepada rangkaian komunikasi berkualiti tinggi yang sama seperti tersedia di seluruh negara.
BBCP beribu pejabat di King Salmon, Alaska dan merupakan ahli dalam Bristol Bay Communications Group yang sangat dibanggakan, yang juga dikenali sebagai The Bristol Bay Telephone Cooperative Family of Companies, yang telah berkhidmat kepada komuniti ahlinya sejak Disember 1974.
Untuk maklumat lanjur, sila lawatihttps://www.bristolbay.com
Perihal Mavenir:
Mavenir sedang membina masa depan rangkaian hari ini dengan penyelesaian asli awan, didayakan AI yang reka bentuk hijau, memperkasakan pengendali untuk merealisasikan faedah 5G dan mencapai rangkaian pintar, automatik dan boleh diprogramkan. Sebagai perintis Open RAN dan pengganggu industri yang terbukti, penyelesaian Mavenir yang memenangi anugerah menyampaikan automasi dan pengewangan merentasi rangkaian mudah alih secara global, mempercepat transformasi rangkaian perisian untuk lebih daripada 300 Pembekal Perkhidmatan Komunikasi di lebih 120 negara, yang memberi perkhidmatan kepada lebih 50% daripada pelanggan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mavenir.com
PR Mavenir Untuk Dihubungi
Emmanuela Spiteri
PR@mavenir.com

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
